Tampilkan postingan dengan label india. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label india. Tampilkan semua postingan

Rabu, 25 Desember 2013

Lagi Kes Rogol Beramai – Ramai Di India


Lagi Kes Rogol Beramai   Ramai Di India
Lagi Kes Rogol Beramai – Ramai Di India - New Delhi : India dikejutkan lagi dengan kes rogol beramai-ramai. Kejadian ini berlaku seminggu selepas kes rogol dan bunuh melibatkan seorang pelajar perubatan di bandar itu, hingga membangkitkan gelombang kemarahan penduduknya.
Mangsa terbaru ini adaklah seorang wanita yang telah berkahwin dan berusia 29 tahun.
Dia diculik dan dibawa menaiki bas ke sebuah kawasan sebelum dirogol beramai-ramai. Wanita itu kemudiannya ditinggalkan berhampiran kampung mertuanya, di Punjab, keesokan harinya.
Berikutan itu, enam orang sudah ditangkap dan dalam siasatan awal yang dijalankan, suspek mengaku melakukan jenayah berkenaan.
Bagaimanapun suspek ketujuh masih bebas dan usaha memburunya kini giat dijalankan.
Antara suspek yang ditangkap ialah pemandu bas dan kelindannya.
Pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor mengesahkan bahawa mangsa telah dirogol.
Dalam pada itu, kumpulan pembangkang telah mengkritik polis kerana gagal melaksanakan pemeriksaan ketat terhadap pemandu bas di negara itu.
“Kejadian ini berlaku kerana pihak polis tidak sensitif dan tegas terhadap insiden serangan seks melibatkan wanita walaupun kes rogol dan bunuh pelajar perubatan di New Delhi pada 16 Disember lalu telah mengejutkan seluruh negara,” kata salah seorang wakil pembangkang. – MyNewsHub
ReadMore..

Senin, 16 Desember 2013

Tekini Mangsa Rogol Campak dari Bas di India Meninggal Dunia

duniaccacamarba

29 Dis 2012
Mayat mangsa dibawa ke kenderaan polis untuk tindakan lanjut. Foto AFP

Yahoo News melaporkan wanita India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai selain dipukul dan dicampak dari bas yang sedang bergerak meninggal dunia pada pagi Sabtu di Singapura selepas mengalami kegagalan organ yang serius. 
 
Wanita berusia 23 tahun itu telah diterbangkan ke Singapura pada hari Khamis untuk mendapatkan rawatan intensif kerana mengalami kecederaan yang serius setelah diserang oleh enam lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada 16 Disember lalu. Mangsa dirogol bergilir-gilir, dipukul dengan bar besi, dan dicampak dari bas yang sedang bergerak.

"Kami amat sedih untuk melaporkan bahawa pesakit tersebut meninggal dunia secara aman pada pukul 04:45 pagi (2045 GMT) pada 29 Disember 2012," kata Kelvin Loh, Ketua eksekutif Hospital Mount Elizabeth Singapura.

"Keluarga dan pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Tinggi India berada di sisinya."

Wanita itu berada dalam keadaan yang sangat kritikal sejak dimasukkan ke hospital. Menurut Loh, para doktor bertungkus lumus untuk menyelamatkan nyawanya.

"Beliau telah mengalami kegagalan organ yang serius berikutan kecederaan yang dialami pada badan dan otak," kata Loh.

Menurut laporan media, pihak berkuasa di India telah bersedia untuk sebarang kemungkinan berikutan kematian mangsa. Kes rogol tersebut telah mencetuskan protes besar-besaran sejak laporan tentang kes itu didedahkan oleh media. -DCM

Laporan awal di sini.
ReadMore..