Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan
Rabu, 25 Desember 2013
Lagi Kes Rogol Beramai – Ramai Di India
Lagi Kes Rogol Beramai – Ramai Di India - New Delhi : India dikejutkan lagi dengan kes rogol beramai-ramai. Kejadian ini berlaku seminggu selepas kes rogol dan bunuh melibatkan seorang pelajar perubatan di bandar itu, hingga membangkitkan gelombang kemarahan penduduknya.
Mangsa terbaru ini adaklah seorang wanita yang telah berkahwin dan berusia 29 tahun.
Dia diculik dan dibawa menaiki bas ke sebuah kawasan sebelum dirogol beramai-ramai. Wanita itu kemudiannya ditinggalkan berhampiran kampung mertuanya, di Punjab, keesokan harinya.
Berikutan itu, enam orang sudah ditangkap dan dalam siasatan awal yang dijalankan, suspek mengaku melakukan jenayah berkenaan.
Bagaimanapun suspek ketujuh masih bebas dan usaha memburunya kini giat dijalankan.
Antara suspek yang ditangkap ialah pemandu bas dan kelindannya.
Pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor mengesahkan bahawa mangsa telah dirogol.
Dalam pada itu, kumpulan pembangkang telah mengkritik polis kerana gagal melaksanakan pemeriksaan ketat terhadap pemandu bas di negara itu.
“Kejadian ini berlaku kerana pihak polis tidak sensitif dan tegas terhadap insiden serangan seks melibatkan wanita walaupun kes rogol dan bunuh pelajar perubatan di New Delhi pada 16 Disember lalu telah mengejutkan seluruh negara,” kata salah seorang wakil pembangkang. – MyNewsHub
Kamis, 19 Desember 2013
5 Maut Di Federal Highway – Apa Yang Berlaku Sebenarnya
Seperti yang kita tahu, Lebuhraya Persekutuan atau Federal Highway pada 3.20 pagi tadi menyaksikan satu kemalangan ngeri yang mengorbankan lima nyawa.
Ia melibatkan dua buah kereta dan empat buah motosikal di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang selepas susur Persiaran Kayangan.
Mayat mangsa bergelimpangan di tepi lebuh raya itu.
Apa yang sebenarnya berlaku sehingga menyebabkan kemalangn itu?
Kemalangan asal melibatkan pemandu mabuk kereta jenis Honda City merempuh tiga penunggang motosikal yang berhenti di tepi lebuh raya itu selepas motosikal mereka rosak.
Dalam kemalangan pertama itu, pemandu dan tiga pengguna motosikal maut.
Kematian kelima berlaku apabila seorang lagi penunggang motosikal lain merempuh sebuah kereta jenis Proton Wira yang berhenti tidak jauh dari lokasi kemalangan.
Persoalan yang timbul kini ialah mengapa pengguna motosikal berkenaan tidak menggunakan laluan motosikal.
Kami akan cuba merungkai sebab mengapa ramai yang memilih untuk tidak menggunakan lalun motosikal di Lebuhraya Persekutuan terutama di waktu malam dalam beberapa hari lagi.
Langganan:
Postingan (Atom)