Tampilkan postingan dengan label duduk. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label duduk. Tampilkan semua postingan
Selasa, 24 Desember 2013
Video Hati Perut Setahun Pemilik Bagi Duduk Free

Bukan hendak mengutuk bangsa sendiri, tapi itulah gambaran yang sebenarnya ditunjukkan dalam video yang kami kongsikan ini.
Video ini merakamkan perbualan dipercayai antara seorang guru berbangsa India dan seorang wanita Melayu serta anaknya yang menetap di sebuah rumah utara tanah air.
Mengikut perbualan tersebut, guru India itu telah membeli rumah tersebut yang telah dilelong oleh pihak bank setahun lalu.
Dia dikatakan telah memberi masa selama setahun kepada penghuni rumah berkenaan untuk menetap dirumah tersebut serta membuat perancangan untuk berpindah.
Apa yang dikesali apabila wanita itu bersuara dalam nada kurang sopan atau pendek kata ‘kurang ajar’.
“Sudah.. Saya tak mahu dengar you kata masa.. masa.. masa…,” jelas wanita itu.
Walaupun diperlaku begitu, lelaki tersebut masih mampu mengawal emosinya dan bercakap dalam nada yang sopan.
“Hati perut saya sudah bagi satu tahun puan,” jelas lelaki itu.
Mengikut peraturan, penghuni rumah boleh didakwa akibat menceroboh.
Setahun merupakan satu tempoh yang panjang untuk penghuni lama mencari rumah baru atau mencari jalan alternatif.
Apa-apa pun anda tonton dan nilailah sendiri sejauh mana bangsa kita berada.
Melayu oh Melayu… Kalau perkara begini berterusan.. Malulah bangsa kita…
Oleh: HARITS ASYRAF
Biadap Remaja Melayu Duduk Atas Kubur Cina
Biadap, Remaja Melayu Duduk Atas Kubur Cina? Baru-baru ini sepasang pasangan cina, Alvin dan Vivian telah menerima kecaman masyarakat Islam kerana perbuatan mereka mempelawa semua orang dengan berbuka puasa makan sup babi. Pasangan tersebut akhirnya dipanggil SKMM dan bakal menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah.

Begitu juga dengan kes seorang lelaki yang didakwa diculik berkaitan denganmenghina Islam. Dalam umat Islam sibuk mempertahankan agama mereka, malang sungguh bila ada pula tindakan bodoh dan biadap dari remaja melayu terhadap bangsa lain.

Terkini menurut laporan, beberapa remaja melayu pula dikatakan sengaja duduk diatas kubur cina sehingga ianya telah menarik perhatian sebuah surat khabar cina. Namun admin tidak pasti dimanakah lokasi sebenar kejadian ini berlaku.

Difahamkan, remaja melayu yang memuatnaik gambar tersebut, Syafikal telah pun memohon maaf, namun dikatakan masih ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan beliau.

# Hanya mampu berkata, "Inilah jadinya bila remaja kita kurang pendidikan agama..." sumber
ReadMore..

Langganan:
Postingan (Atom)