Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Februari 2014

DAP gesa tindakan ke atas MB Pahang

sinar
NORMAWATI ADNAN
21 Oktober 2012
DAP gesa tindakan ke atas MB Pahang
Kor Ming (kiri) menunjukkan video pertemuan Adnan dengan masyarakat Orang Asli Pahang pada sidang media, semalam.
IPOH - DAP Perak menuntut Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan terhadap Menteri Besar Pahang atas kekasaran bahasa yang didakwa digunakan dalam pertemuannya bersama penduduk Orang Asli di negeri itu, beberapa hari lalu.
Setiausahanya, Nga Kor Ming berkata, penggunaan perkataan kasar dan kesat tidak sepatutnya dikeluarkan seorang pemimpin yang menjawat jawatan tertinggi dalam negeri.

Katanya, insiden yang dimuat naik melalui laman YouTube itu agak memalukan apabila ada ketikanya, Datuk Seri Adnan Yaakob mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.                
“Tuntutan yang ditimbulkan Orang Asli itu hanyalah membabitkan tanah yang masih belum selesai, jadi beliau tidak sepatutnya menggunakan perumpamaan yang tidak sepatutnya, apatah lagi mengeluarkan perkataan kasar kepada mereka.

“Kita harap Lembaga Disiplin Umno sedar akan keadaan ini dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya, semalam.

Menurutnya, DAP turut menggesa Adnan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat Orang Asli dan wanita.

Video bertajuk ‘MB Pahang baca tuntutan memorandum Orang Asal’ berdurasi 11 minit 14 saat itu dimuat naik sejak 17 Oktober lalu.
ReadMore..

Selasa, 24 Desember 2013

Biadap Remaja Melayu Duduk Atas Kubur Cina

Biadap, Remaja Melayu Duduk Atas Kubur Cina? Baru-baru ini sepasang pasangan cina, Alvin dan Vivian telah menerima kecaman masyarakat Islam kerana perbuatan mereka mempelawa semua orang dengan berbuka puasa makan sup babi. Pasangan tersebut akhirnya dipanggil SKMM dan bakal menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah.
Remaja Melayu Duduk Atas Kubur Cina?

Begitu juga dengan kes seorang lelaki yang didakwa diculik berkaitan denganmenghina Islam. Dalam umat Islam sibuk mempertahankan agama mereka, malang sungguh bila ada pula tindakan bodoh dan biadap dari remaja melayu terhadap bangsa lain.

Remaja Melayu Duduk Atas Kubur Cina?

Terkini menurut laporan, beberapa remaja melayu pula dikatakan sengaja duduk diatas kubur cina sehingga ianya telah menarik perhatian sebuah surat khabar cina. Namun admin tidak pasti dimanakah lokasi sebenar kejadian ini berlaku.

Remaja Melayu Duduk Atas Kubur Cina?

Difahamkan, remaja melayu yang memuatnaik gambar tersebut, Syafikal telah pun memohon maaf, namun dikatakan masih ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan beliau.

Remaja Melayu Duduk Atas Kubur Cina?


# Hanya mampu berkata, "Inilah jadinya bila remaja kita kurang pendidikan agama..." sumber


ReadMore..