Jumat, 21 Februari 2014

Browse » home» » » » » » » Tentera lancar serangan terbesar di Sinai

Tentera lancar serangan terbesar di Sinai

Kawalan keselamatan di Semenanjung Sinai dipertingkatkan sejak Mursi digulingkan, 3 Julai lalu.

KAHERAH - MESIR . Tentera Mesir, semalam melancarkan serangan udara terbesar di Semenanjung Sinai yang didakwa menjadi markas kumpulan militan di negara itu iaitu sejak penggulingan bekas Presiden Mohammed Mursi, 3 Julai lalu.          

Saksi mendakwa, beberapa helikopter Apache bertindak mengebom sebahagian kampung di selatan Rafah yang terletak di sempadan Genting Gaza dan puluhan dilaporkan terkorban.

Operasi di kawasan itu dipertingkatkan selepas 25 anggota keselamatan dilaporkan terbunuh dalam serangan ke atas dua bas pada 19 Ogos lalu menurut sumber AFP.

Dalam perkembangan lain, sebuah badan penasihat undang-undang di Mesir menggesa kerajaan sementara untuk membubarkan Ikhwanul Muslimin dan turut mencadangkan penutupan ibu pejabat gerakan itu di Kaherah.

Minggu lalu, Perdana Menteri sementara, Hazem el-Beblawi menyatakan Ikhwanul Muslimin tidak sepatutnya diharamkan atau dikecualikan daripada proses politik.

Difahamkan, gerakan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan pada 1928 pernah dibubarkan oleh pemerintah tentera pada 1954 dan diharamkan ketika era pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar