Minggu, 09 Februari 2014

Browse » home» » » » Makan Octopus Hidup Hidup

Makan Octopus Hidup Hidup


SEOUL – Makan ikan mentah merupakan satu trend yang dibawa dari Timur dan ia terkenal di seluruh dunia.

Namun makan octopus secara mentah-mentah, boleh disifatkan sebagai melampau.

Bagaimanapun itu pengalaman yang dialami oleh pengunjung festival  makanan di Seoul, yang mempertaruhkan keberanian mereka untuk menelan octopus hidup-hidup.

Mereka yang ingin merasakan cabaran tersebut, perlu memasukkan seluruh octopus itu ke dalam mulut dan kemudian menelannya.

Biarpun ia kelihatan bahaya, namun festival sotong ini yang diadakan setiap bulan September, berjaya menarik minat 70,000 pengunjung.

Ironinya, festival itu diadakan pada hari sama Mahkamah Agung Korea Selatan membebaskan seorang lelaki daripada tuduhan membunuh teman wanitanya.

Dia mendakwa wanita itu meninggal dunia akibat tercekik selepas menelan octopus hidup-hidup.

Dengan keputusan itu, ia berjaya membebaskan lelaki berusia 32 tahun itu, yang sebelum ini dihukum penjara seumur hidup.

Kes yang mengambil masa untuk diselesaikan itu menarik perhatian banyak pihak, terutama selepas polis didakwa tidak cekap dalam menjalankan tugas mereka.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Kim, telah mendaftar masuk ke sebuah motel di bandar Incheon bersama teman wanitanya pada 2010 selepas membeli dua ekor octopus hidup dari sebuah restoran.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar