Tampilkan postingan dengan label rahsia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rahsia. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Februari 2014

Kesihatan rahsia kahwin Perempuan kembali muda hanya sekali








Doktor H. Ploaz, seorang ahli sosiologi perempuan berpendapat kembali muda dapat ditinjauankan melalui perkahwinan.

"Saya selalu melihat keadaan perempuan2 yang sudah tua, menjadi muda kembali apabila mereka berkahwin"

Dengan berkahwin mereka mendapat zat istimewa yang kompleks atau vitamin untuk kecantikan bagi perempuan dan lebih tampan bagi lelaki.

Kembali muda hanya sekali, alangkah mahalnya harga kemudaan itu jika dibiarkan pokoknya layu.

Sepuluh Muda yg perlu kita tahu..

1. Waktu mudalah seorang mempunyai perasaan yang cukup segar, sihat dan gembira!

2. Berjiwa Progresive, Radikal, ingin maju, keras hati dan bersemangat.

3. Tubuh badan cukup subur, sihat dan sempurna





 4. Bentuk badan yang cantik, rupa paras muka lelaki dan perempuan berwajah penuh dan jelas.

5. Keinginan, kemahuan dan cita2 seseorang keras dan membumbung tinggi.

6. Waktu muda nafsu berahi(seks) naik memuncak 100%.

7. Nafsu makan dan selera seseorang sangat lazat dan enak rasanya.

8. Waktu sesuai untuk bersuka ria, bergembira dan riang yg boleh dinikmati sepenuhnya.

9. Waktu muda pokok "Cinta" hidup dengan subur.

10. Kekuatan tenaga dan kebolehan fikiran sesorang boleh dilihat dengan jelas.


Korban waktu muda untuk cita2

contohnya..

1. Aku tak akan berkahwin sebelum mendapat ijazah(graduate)

2. Aku tak akan berkahwin sehingga aku dapat 100k dari trade forex.


Perkara ini merugikan diri dan masyarakat, kerana menilai mudanya hanya untuk hawa nafsu.

Orang ini juga berpegang kepada kata2 "Muda Hanya Sekali".

Hasilnya, waktu muda digunakan untuk memuaskan nafsunya,

meskipun terpaksa mengorbankan hawa nafsu untuk CITA-CITA.


ReadMore..

Kamis, 19 Desember 2013

Rahsia di sebalik tubuh manusia

Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Taala.

Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud?  Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.


Nama Allah pada 5 jari tangan

Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.

name of Allah 19

Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan

Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99. 

Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik). 

name of Allah 20

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.


Saluran udara pada paru-paru membentuk kalimah Tauhid

Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah La ilaha illallah (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Foto oleh: Dr Syed Ashrafuddin, Jeddah, Saudi Arabia



Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah simbol bagi nama Nabi

Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.









احمد  =  ا + ح + م + د  =  Ahmad

Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.

Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu Yang Terpuji.

"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)" ...... " (Surah As-Shaaf : Ayat 6)



Otak manusia dalam keadaan seperti orang sujud dalam solat

Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.

Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?

Otak manusia pun dalam keadaan seperti orang sujud



"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"  (Surah Fusshilat : Ayat 53)


Nama Allah ketika angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud dalam solat

Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa.  Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.




"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)
ReadMore..