Tampilkan postingan dengan label kekasih. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kekasih. Tampilkan semua postingan
Selasa, 25 Februari 2014
Emma Maembong Nafi Dirinya Kekasih Zizan Razak
Setelah Zizan Razak mengakui yang hatinya sudah dimiliki oleh seorang wanita, banyak pihak yang membuat spekulasi mengenai identiti wanita bertuah itu. Terbaru, nama Emma Maembong dikaitkan kerana kehadirannya ke majlis hari jadi Zizan baru-baru ini.
Kalau Emma Maembong jadi kekasih Zizan, memang sama cantik sama padan. Namun Emma telah tampil menafikan perkara tersebut. Menurut Emma, mereka berdua hanya rapat kerana dirinya berada di bawah syarikat Zizan. Kata Emma kepada Sinar Harian:-
Bagi yang tidak tahu, saya sebenarnya berada di bawah pengurusan syarikat milik Zizan. Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan. Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu. Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya.
Kamis, 19 Desember 2013
Hampir Jadi Mayat Kerana Ingin Buat Kejutan Kepada Kekasih
Kejutan merupakan perkara yang disukai oleh kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki China dikenali sebagai Hu Seng hampir mati ketika ingin memberi kejutan sempena hari ulang tahun kekasihya. Hu Seng telah bertindak kurang bijak dengan masuk ke dalam kotak untuk ‘dikirim’ kepada teman wanitanya, Li Wang. Ini semua dilakukan demi cinta sejatinya.
Idea kurang bijak Hu Seng memakan dirinya sendiri apabila kotak tersebut tertutup rapat dan menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas. Tambah menyulitkan keadaan, kotak tersebut lewat dihantar ke pejabat Li Wang selama 3 jam. Hu Seng ditemui dalam keadaan pengsan oleh teman wanitanya sebaik sahaja Li Wang membuka kotak tersebut. Sepasukan paramedik berkejar ke pejabat Li Wang dan Hu Seng diberi rawatan kecemasan dengan segera.
Setelah sedar, Hu Seng mengaku bahawa dia cuba membuat lubang pada kotak tersebut namun gagal kerana kotak tu terlalu tebal. Dia tidak mahu menjerit meminta tolong kerana bimbang kejutannya gagal.
[via]
Langganan:
Postingan (Atom)