Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Maret 2014

Ada jugak manusia macam ni Makan Kerusi Penumpang di Dalam Bas

Seorang penumpang bas di England tertangkap kamera CCTV tengah melakukan kegiatan aneh. Entah kerana terlalu lapar atau bagaimana, penumpang lelaki ini terlihat tengah memakan kerusi penumpang yang ada dalam bas.

Dalam rakaman kamera CCTV di dalam bas tujuan Torbay, Devon, Inggeris, terlihat seorang penumpang lelaki dengan rambut warna gelap dan berbadan sedikit gemuk, tengah sibuk mengunyah kerusi penumpang nombor 12. Diketahui si penumpang ini sudah berada dalam bas selama 20 minit sebelum akhirnya melakukan aktiviti makannya yang tidak lazim.

Akibat perbuatannya ini, kerusi penumpang dalam bas tersebut jadi rosak dan ditaksir kerugian mencapai 200 poundsterling.

"Pelaku yang berjenis kelamin laki-laki duduk di kerusi nombor 12 dalam bas di Paignton dan dia mengunyah kursi yang dia duduki, hal ini menimbulkan keruosakan senilai 200 poundsterling," ujar seorang polis dari Polis Torbay, Gary Blee, seperti dilansir oleh Daily Mail, Jumaat (27/7/2012).

Menurut Blee, selepas mengigit dan mengunyah kerusi penumpang, pelaku kemudian mengambil potongan lain dari kursi yang sama dengan tangannya. Hal ini membuat lubang yang ada di kursi tersebut semakin besar. 

Insiden aneh ini terjadi pada 25 Mei lalu, namun hingga saat ini polis masih belum bertinjauan menangkap pelaku. Polis setempat juga tengah mencari saksi  yang melihat langsung insiden aneh ini. Salah satunya dengan meminta bantuan warga setempat untuk melapor jika mengenal atau pernah melihat pelaku.



Secara terpisah, perusahaan pemilik bas tersebut, Stagecoach, mengaku hairan dengan insiden ini. Stagecoach menyatakan, pihaknya akan bekerja sama dengan polis setempat untuk mencari pelaku.

"Meskipun ini bukan insiden besar jika dilihat dari besarnya kerugian, tapi ini insiden yang aneh. Kami terus bekerja sama dengan polis dan membantu penyelidikan mereka," ujar juru bicara Stagecoach.

Diketahui bahawa setiap bas milik Stagecoach memiliki instruksi yang harus dipatuhi penumpang, yang bunyinya: Dilarang makan dan minum yang membuat lingkungan sekitar Anda dan penumpang lain tidak nyaman atau menimbulkan gangguan. Menurut Stagecoach, pelaku juga telah melanggar aturan lainnya, yakni penumpang tidak diperbolehkan merosak atau mengambil bahagian manapun dari kendaraan ini.

sumber: detikcom
ReadMore..

Minggu, 16 Februari 2014

Peguam Pendakwaan tak panggil bekas pembantu Najib dalam kes Altantuya


  • Hafiz Yatim
  • Malaysiakini Jun 24 2013
Peguam kepada tertuduh dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu hari ini membangkitkan kegagalan pendakwaan untuk memanggil pembantu peribadi kepada timbalan perdana menteri pada waktu itu Datuk Seri Najib Razak, untuk memberi keterangan.
Peguam kepada Koperal Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa kegagalan pendakwaan untuk berbuat demikian menjadikan perbicaraan tersebut sebagai perbicaraan silap.

Katanya, hanya Musa boleh mengesahkan kebenaran afidavit kontroversi yang difailkan oleh tertuduh ketiga dalam kes berkenaan, penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Kamarul berkata rekod telefon Abdul Razak menunjukkan komunikasi melibatkan lebih 30 mesej teks di antara Abdul Razak dan Musa di antara 7 Oktober dan 19 Oktober 2006.

Daripada jumlah itu, 12 mesej direkodkan pada 19 Oktober 2006 – pada malam Altantuya dibunuh.

"Hanya Musa yang boleh mengesahkan kredibiliti dan kebenaran afidavit Abdul Razak. Bagaimanapun pendakwaan memutuskan untuk tidak memanggil Musa untuk mengesahkan perkara ini.

"Bagi kami, Musa sepatutnya dipanggil oleh pendakwaan (dalam perbicaraan kes pembunuhan di Mahkamah Tinggi Shah Alam) untuk mengesahkan atau menolak apa yang didakwa Abdul Razak dalam afidavit tersebut.

"Pastilah, dengan afidavit tersebut dan sekiranya Abdul Razak dipanggil, beliau akan berpegang kepada apa yang tertulis. Namun tiada peluang untuk pendakwaan mempersoalkan perkara tersebut kerana Musa tidak dipanggil,” kata Kamarul.

Oleh yang demikian, mahkamah tidak mengetahui perkara yang diperkatakan antara Abdul Razak dan Musa pada malam tersebut.

Kamarul juga membangkitkan bahawa penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yassin juga tidak menyatakan motif pembunuhan tersebut.
ReadMore..

Selasa, 11 Februari 2014

Sanggup Biar Pijat Dalam Kaki Selama 2 Bulan


JERMAN – Kebanyakan orang akan panik jika mendapati ada pijat yang hidup di dalam kaki. Namun berbeza dengan seorang pelajar Ph.D di Jerman, yang membiarkan serangga itu hidup di kakinya selama dua bulan.

Marlene Thielecke yang menuntut di Universiti Perubatan Charite berbuat demikian untuk membolehkannya membuat kajian.

Dia turut merekodkan video dan gambar pijat itu.

Tugas Thielecke di universit ialah menjalankan kajian untuk mengelak daripada`tungiasis’ iaitu sejenis penyakit kulit yang berpunca daripada pijat betina di Madagascar.

Pijat ini masuk ke dalam kulit dan menjadikannya sebagai perumah dan hidup serta menetas di dalamnya.
Serangga itu menyebabkan mangsa menggalami kesakitan dan gatal di bahgian yang berjangkit.

Satu-satunya cara untuk merawatnya ialah dengan mengeluarkan pijat berkenaan dari kulit.

Meskipun ada yang berpandangan kajian yang dijalankan oleh Thielecke ini sebagai menjijikkan kerana membiarkan pijat itu dalam kakinya, namun ia sebenarnya menentukan bahawa pijat turut mengawan ketika berada dalam perumahnya.

Disebabkan ia merupakan kali pertama Thielecke terkena pijat itu, maka badannya tidak sesuai untuk pijat itu membiak.
ReadMore..

Rabu, 05 Februari 2014

Seram Sudah dimasukan ke dalam keranda nenek ini bangun semula

Foto : nydailynews
Foto : nydailynews
BEIJING - Seorang nenek berusia 101 tahun yang sudah dinyatakan meninggal dunia, kembali terbangun dalam proses  pemakaman. Peristiwa itu sangat mengejutkan para keluarganya yang hadir dalam upacara pemakamannya.

Peng Xiuhua, janda tua dari Kota Lianjiang, sudah terbaring di tempat tidurnya selama hampir dua minggu . Salah seorang puteri Peng menyaksikan kondisi ibunya yang sudah tidak tertolong dan tidak bernafas.

Puteri Peng langsung berasumsi bahawa ibunya telah meninggal dunia. Keesokan harinya, keluarga Peng berkumpul untuk menghadiri prosesi pemakaman perempuan berusia 101 tahun itu.

Usai tubuh Peng dimandikan dan dimasukkan ke dalam peti mati, Peng terbangun dari tidurnya. Peng membuka matanya tepat di hadapan para keluarganya yang hadir dalam upacara pemakamannya. Demikian, seperti diberitakan IBN, Jumaat (25/1/2013).

Warga desa langsung berkumpul dan ikut terkejut. Mereka justru menggelar pesta dengan menggunakan makanan-makanan yang sudah disajikan untuk prosesi pemakaman perempuan tua itu.
(AUL)
ReadMore..

Rabu, 18 Desember 2013

Mayat anak saudara dalam telaga



JITRA – Sebuah telaga buta berusia 100 tahun yang terletak di Kampung Cherok Mokkan, Hosba di sini memakan korban dipercayai yang pertama apabila seorang wanita ditemui mati lemas di dalamnya semalam.
Latifah An, 50, menjadi mangsa telaga yang telah tidak digunakan sekian lama itu setelah dia menghilangkan diri dari rumah kakaknya di kampung berkenaan sejak lima hari lalu.
Mayatnya ditemui oleh ibu saudaranya, Siti Rosni Arif, 56, setelah dia terhidu bau busuk dan disangkanya bangkai dari telaga tersebut yang terletak 10 meter dari rumahnya di kampung yang sama.
Mayat Latifah yang sudah kembung, mengalami bengkak di seluruh tubuh ditemui dalam keadaan terlangkup.
Menurut Siti Rosni, dia terhidu bau busuk seperti bangkai ketika dia sedang membersihkan halaman rumahnya kira-kira pukul 7.30 pagi.
“Saya berasa tidak sedap hati dan terus pergi ke telaga itu dan nampak papan penutup telaga telah dialihkan serta ada banyak langau di situ.
“Saya terus menjenguk ke dalam telaga dan nampak sesuatu tetapi tidak jelas kerana cermin mata saya tertinggal di dalam rumah,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. - Kosmo Online
ReadMore..