Tampilkan postingan dengan label budak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label budak. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Maret 2014

Budak Parah Diserang Rottweiler


Budak Parah Diserang Rottweiler
Budak Parah Diserang Rottweiler - JOHOR BAHRU : Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berdepan detik cemas apabila diserang seekor anjing Rottweiler peliharaan saudaranya di Taman Kulai Utama, Kulaijaya dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Chok Thuan Seng mengalami kecederaan parah di leher, muka dan terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Menurut sepupu mangsa, Sin Yee, 21, kejadian berlaku ketika Thuan Seng baru pulang dari tadika yang terletak berhampiran rumahnya di Jalan Anggerik, Taman Kulai Utama.
Katanya, Thuan Seng yang berasal dari Bukit Batu, Kulaijaya, sudah tiga minggu menetap bersama mereka sekeluarga bagi memudahkan dia ke tadika setiap hari.
“Thuan Seng memang sudah biasa bermain-main dengan anjing tersebut tetapi kami tidak tahu mengapa dia diserang haiwan itu secara tiba-tiba.
“Mungkin ketika kejadian, adik saya terlupa untuk mengikat anjing tersebut dan sebaik melihat Thuan Seng pulang dari tadika, anjing kami meluru keluar rumah menyerang Thuan Seng,” katanya ketika ditemui di HSA di sini semalam. – Kosmo
ReadMore..

Minggu, 29 Desember 2013

Budak 6 Tahun Cuba Terjun Hotel


Miri – Selepas lima jam insiden membabitkan cubaan seorang pelajar lelaki terjun dari tingkat tiga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini, penduduk di bandar ini sekali lagi digemparkan dengan tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikatakan cuba terjun dari balkoni sebuah hotel di Jalan North Yu Seng, di sini, jam 1.45 petang tadi.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca berikutan berlaku pertengkaran antara kanak-kanak terbabit dengan ibu bapanya berhubung satu perkara sebelum bertindak mengancam terjun dari balkoni di tingkat 11 hotel terbabit.

Bagaimanapun, tindakan pantas ibu bapa kanak-kanak terbabit yang menarik tangan anaknya berjaya mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri mengesahkan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 1.34 petang tadi. - myMetro Online
ReadMore..